AfifiMohamed.com

KERJAYA

          Melakar dan merancang kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Matlamat utama dalam sebuah kehidupan adalah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t dan menuju Jannah yang kekal abadi. Adakah semua itu bakal terlaksana? memikirkan tentang usia yang semakin meningkat. Terikat dan terkongkong dengan rutin harian yang memenatkan.  Perasaan ku meronta inginkan sebuah kehidupan yang lebih bebas dari segi masa dan juga kewangan.  Aku ingin menikmati hidup yang sementara dengan penuh ketenangan dan sentiasa bermohon agar Allah memandu hidupku ke jalan yang diredhaiNya.

 

         Mengenang kembali sejarah penglibatanku dalam dunia takaful.  Bertitik tolak dengan tekanan dan cabaran semasa 'makan gaji'.  Terdetik di hati, sampai bila untuk aku terus melalui hari-hari mendatang dengan rutin keadaan yang sama. Walaupun gaji pada masa itu sudah agak lumayan bagi aku orang kebanyakan, tetapi tiada nilai yang dapat membeli sebuah ketenangan.  Adakah aku tiada pilihan? atau aku yang tidak ingin membuat pilihan?  Bumi Allah ini luas .. rezekinya juga luas.  Allah yang mengaturkan rezeki hamba-hambanya.  Asalkan kita berusaha.. insyallah ada jalan untuk  menggapai rezki itu.  Setelah menceburkan diri selama setahun sebagai 'Part Timer Consultant', akhirnya aku membuat keputusan nekad untuk berhenti kerja.  Berbekalkan semangat dan sokongan dari keluarga, aku meneruskan perjuanganku untuk mengubah sebuah kehidupan.

 

 

 

         Aku bersyukur,  janji Allah itu benar.  "Man Jadda Wajada" - Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berhasil.  Aku juga bersyukur, kerana cabaran dan ujian hidup yang di kurniakan Allah jugalah yang menjadikan aku seorang pejuang. Berjuang untuk merubah masa depan kearah yang lebih baik.  Hanya Allah sebaik-baik penolong.

 

         Semoga ada lebih ramai lagi anak muda kita yang ingin melangkah ke dunia perniagaan.  Bagi insan-insan yang berminat untuk mengubah hidup dan menjadi usahawan takaful, saya berbesar hati untuk memberi tunjuk ajar kepada anda semua. Untuk maklumat lanjut atau hubungi Afifi Mohamed - 019-323 1221.

alhamdulillah-calligraphy

"Lets draw your future together"

 

 

 

Representing :

prubsn logo