AfifiMohamed.com

Welcome to my blog

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya Afifi bin Hj Mohamed.  Saya  merupakan Penasihat Kewangan PruBSNTakaful.

 

  Dengan rendah hati, saya bersyukur kehadrat Ilahi, dengan rahmat dan keizinanNya, saya  berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan di dalam laman web ini.  Semoga coretan saya disini dapat memberi manfaat kepada kita  semua.

Insyallah...

 

Untuk sebarang maklumat berkenaan Takaful.. sila hubungi/whatsapp saya di talian:

019-323 1221

By Afifi Mohamed, Sep 10 2014 02:44AM

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.


1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.



2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.


4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)


Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.


Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;


5. Welding Inspector

6. Welding QC Co-ordinator

7. Plant Inspector

8. Offshore Inspection

9. Non-destructive Testing

10. Plastics Welders

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)


Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).


12. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)


13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.



14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.


15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)


16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.



Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?


Sumber:MynewsHub

By Afifi Mohamed, Aug 30 2014 04:59AM

Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, beliau melontarkan soalan berikut:


“Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”


Tugas agen adalah untuk memberi kesedaran tentang perlindungan takaful. Namun, kadang kala ada yang ekstrim menggelarkan agen insurans/takaful seperti peminta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan agen inilah yang akan membantu kita dari meminta-minta jika musibah melanda.



Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:


1. Saya tidak ada duit

2. Saya tidak percaya agen insurans

3. Saya tidak percaya dengan insurans

4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain

5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans

6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan

7. Saya masih lagi muda

8. Saya tiada tanggungan

9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans

10. Saya kena berhenti merokok ke?


Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 :


Tidak Tahu, Tidak Mahu Ambil Tahu dan Tidak Peduli.


Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.


Adalah penting bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan agar keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.


Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yg selesa.


Terdapat banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh PruBSN, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.



Beli insurans sejak kecil

APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.

Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.


Pada usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?

Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.


Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?

Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.


Apakah jenis insurans yang perlu diambil oleh golongan muda?


Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.


Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorg itu sebelum membeli insurans?


Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.


Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans

By Afifi Mohamed, Aug 28 2014 03:59PM

SEJARAH DOA ANGIN AHMAR


Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.


Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.


Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.



Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.


Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.


Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.


Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.


Katakanlah; 'Aku beriman kepada apa yang datang dari Allah dan RasulNya.'



Bismillah_Calligraphy_50.svg afi salam